the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Selangor tekankan nilai keinsanan, peribadi mulia untuk graduan UPM

Sultan Sharafuddin titah graduan UPM perlu hayati nilai keinsanan, peribadi mulia dan budaya berbudi untuk bina masa depan negara

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya terus menghayati nilai keinsanan, berkeperibadian mulia dan memelihara budaya berbudi dalam setiap lapangan kerjaya.

Baginda selaku Canselor UPM bertitah usaha ini seiring dengan pengukuhan UPM sebagai hab rujukan pendidikan dan penyelidikan di peringkat antarabangsa.

“Kecemerlangan seseorang graduan tidak hanya diukur menerusi pencapaian akademik semata-mata, tetapi turut ditentukan oleh akhlak, integriti dan sifat kemanusiaan yang tinggi,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen UPM ke-49 Sidang 2 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sultan Sharafuddin menekankan graduan perlu mengekalkan kehalusan dan kelembutan budi pekerti sebagai budaya warga UPM terutamanya ketika negara berdepan cabaran sosial dan teknologi yang kompleks.

Baginda turut menzahirkan keyakinan graduan UPM akan terus menjadi ejen perubahan yang membawa manfaat kepada negara melalui ilmu dan nilai murni.

Pada majlis tersebut, Sultan Sharafuddin mengurniakan ijazah kepada 715 graduan pelbagai program pengajian termasuk Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma.

Baginda turut mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan kepada Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Profesor Emeritus Academician Datin Paduka Dr Khatijah Mohd Yusoff.

Secara keseluruhan, seramai 6,373 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen ke-49 ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings