the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tanggungjawab jaga alam sekitar tanggung semua rakyat – TPM

 Timbalan Perdana Menteri tekankan jaga alam sekitar tanggungjawab semua rakyat, bukan hanya JAS, dalam sambutan Hari Alam Sekitar Negara

BAGAN DATUK: Tanggungjawab menjaga alam sekitar bukan hanya terletak pada Jabatan Alam Sekitar (JAS) semata-mata, malah ia merupakan tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kesedaran menjaga alam sekitar secara menyeluruh mesti ditekankan kepada semua golongan, bukan hanya pelajar sekolah.

“Jangan salahkan alam sekitar jika alam tidak lagi mesra dengan kita, semua kejadian, kemusnahan alam berpunca daripada kita,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak 2025.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara memuji komitmen negeri Perak dalam usaha penjagaan kelestarian alam sekitar.

Beliau menyatakan lebih 71 sekolah di seluruh Perak telah menyertai pertandingan pengumpulan sisa elektrik dan elektronik dengan jumlah kutipan mencecah 38 tan metrik.

“Tidak cukup dengan itu, masjid di seluruh negeri turut menyahut seruan lestari ini, berjaya mengumpul 11 tan sisa elektronik,” katanya.

Sambutan HASN 2025 dengan tema “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama” turut memperkenalkan artis terkenal Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie sebagai duta alam sekitar negeri Perak.

HASN merupakan acara tahunan yang dianjurkan susulan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober 1989.

Bermula 1991, hari alam sekitar disambut sebagai Minggu Alam Sekitar Malaysia sebelum dijenamakan semula kepada HASN pada 2016. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings