the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tujuh rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Hilir, Sibu

SIBU: Sebanyak tujuh rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Hilir di sini pagi tadi, menjadikannya insiden kedua di kawasan sama dalam tempoh 10 bulan.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Andy Alie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.13 pagi. Pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Sentral, Sungai Merah, dan Sibu Jaya dengan 25 anggota digerakkan ke lokasi.

“Lima rumah tidak kekal, termasuk sebuah rumah tidak berpenghuni, musnah sepenuhnya. Dua lagi rumah terbakar 20 peratus, manakala enam rumah berhampiran berjaya diselamatkan,“ jelas Andy.

Seramai 66 penduduk selamat, dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 9.10 pagi. Operasi pemadaman ditamatkan pada 12 tengah hari, namun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Pada September tahun lalu, 15 rumah di kawasan sama musnah dalam kebakaran, menyebabkan 150 penduduk kehilangan tempat tinggal. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings