the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Usaha kesan mangsa kedua runtuhan kuari sedang giat dijalankan: Polis

IPOH, 21 Sept (Bernama) — Usaha sedang giat dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan mangsa kedua yang dipercayai tertimbus dalam insiden runtuhan kuari pada Mac lepas di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dalam satu kenyataan berkata pasukan SAR kini berusaha mengeluarkan bangkai sebuah lagi jengkaut yang masih tertimbus di bawah timbunan batu tersebut.

Beliau berkata pasukan SAR yang diketuai Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak menemui serpihan jentera jengkaut itu dipercayai dikendalikan oleh mangsa kedua pada 5 petang semalam.

Semalam, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak Azmi Osman berkata bangkai sebuah jengkaut yang dipercayai tertimbus semasa kejadian tersebut ditemukan pada pukul 11.45 pagi manakala cebisan tulang dan baju ditemukan kira-kira setengah jam kemudian.

Dalam kejadian pada 8 Mac lepas, dua pekerja kuari dipercayai tertimbus runtuhan batu, dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings