the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit – Tuanku Muhriz

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit, sebaliknya bekerjasama demi perpaduan dan kebajikan rakyat.

Baginda bertitah dalam mengharungi senario ekonomi yang mencabar pada masa ini, kestabilan landskap politik amat penting bagi memastikan segala dasar yang dirangka dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Justeru, berilah fokus kepada projek dan program yang telah dirangka agar dapat diterjemahkan dan dirasai oleh rakyat.

“Adalah menjadi tanggungjawab Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk memimpin dan membimbing rakyat supaya sama-sama bersedia bergerak membina sebuah negeri dan negara yang teguh bersatu, sejahtera dan makmur,” titah baginda pada Istiadat Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 di sini hari ini.

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Titah Tuanku Muhriz, dunia digital tanpa sempadan hari ini menjadikan segala tindakan dan perbuatan wakil rakyat akan segera diketahui dan dinilai oleh rakyat.

Sehubungan itu, baginda berharap kesemua ADUN berbahas dan berhujah secara rasional dan intelektual atas perkara yang boleh membawa kebaikan dan manfaat bersama serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Dalam pada itu, Tuanku Muhriz turut berkenan menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun serta seluruh jentera pentadbiran atas iltizam yang ditunjukkan bagi memastikan lonjakan pembangunan di negeri ini berada di landasan yang tepat.

Baginda bertitah pelbagai ruang dan platform juga tersedia untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pandangan masing-masing.

Tuanku Muhriz turut mengingatkan ADUN supaya sentiasa menghayati, melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

“Peraturan-Peraturan Tetap Dewan juga hendaklah sentiasa dipatuhi semasa berhujah dan sepanjang persidangan berlangsung. Berpeganglah kepada prinsip mendahulukan kepentingan dan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri dalam setiap hujah yang disampaikan,” titah baginda.

Selain itu, baginda juga melahirkan sukacita atas langkah proaktif agensi kerajaan yang mengubah pendekatan perkhidmatan dengan kerap melaksanakan kaedah turun padang sekali gus memudahkan rakyat memperoleh perkhidmatan secara terus serta berinteraksi secara langsung.

“Aspek pentadbiran negeri, pemerkasaan tadbir urus, penambahbaikan sistem kerja dan kepelbagaian medium penyampaian perkhidmatan merupakan penunjuk penting ke arah kesejahteraan rakyat,” titah Tuanku Muhriz.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

800,000 More Daily Journeys: Copenhagen’s Next Mobility Challenge

COPENHAGEN, DENMARK - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - There is something remarkable about Copenhagen.Stand in the city centre during rush hour and you will still hear bicycle bells, conversations spilling out from cafés and children walking to school.

Centriq PR Champions Purposeful Communication Through Social Impact Initiative

SELANGOR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - Centriq PR, independent Malaysian public relations consultancy, marked another milestone in its commitment to purposeful communication as Season 4 of its social impact initiative, We.R.Wira, culminated in the Golden Wira Awards Ceremony at Tan Yew Sing Auditorium, INTI International College Subang.

Most Viewed

spot_img