the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga Malaysia antara yang cedera insiden letupan bom berhampiran balai polis

PATTANI: Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, Selatan Thailand, pada pagi Isnin.

Insiden itu berlaku pada kira-kira 8 pagi selepas majlis perbarisan anggota polis di balai berkenaan, kata Ketua Polis Mueang Pattani, Kol. Pol. Jeffery Sulaiman.

“Siasatan awal mendapati bom tersebut dipercayai dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran balai polis,“ katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Isnin.

Jeffery berkata lelaki warga Malaysia yang berumur 20 tahun dari Kuala Lumpur itu mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca cermin yang pecah susulan letupan itu.

Mangsa warga Malaysia itu ketika kejadian berada di dalam kereta sementara menunggu isterinya yang sedang membuat laporan kehilangan dokumen perjalanan di dalam balai polis berkenaan, katanya.

“Jarak kereta mangsa dari lokasi letupan hanya sekitar 10 meter, menyebabkan cermin kenderaan itu pecah akibat impak letupan,“ kata Jeffery.

Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Pattani untuk menerima rawatan, katanya.

“Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan bagi menjejaki dalang kejadian,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Huawei Announces Wi-Fi 7 Patent Licensing Rates, Reaffirms Commitment to Transparent and Reasonable Licensing

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Huawei today announced that its patent licensing royalty rate for Wi‑Fi 7 technologies would be set at US$0.5 per unit for Wi Fi 7 compliant devices.

Thailand Secures $4.1 Billion in EV Chain Investments as Southeast Asia Auto Hub Pivots...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Thailand has secured over $4.1 billion (approx. 137 billion baht) in investment pledges across its electric vehicle (EV) supply chain, solidifying its position as Southeast Asia's primary automotive manufacturing hub as global carmakers realign their production networks toward clean energy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings