the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

200 tan bahan buangan elektronik di sebuah kilang haram disita

SEREMBAN: Sebuah kilang haram yang menjalankan aktiviti peleraian bahan buangan elektronik, diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Jalan Kuala Sawah, Kg Puchong, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan S. Veerapan (gambar) berkata pada operasi bermula 10 pagi itu, sebanyak 200 tan barangan pembuangan elektronik disita untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Beliau berkata kegiatan tersebut, dipercayai didalangi warga China telah beroperasi pada 2020, sebelum memberhentikannya seketika dan memulakannya semula pada 2023.

“Pekerja di kilang ini kebanyakan warga Myanmar, kos sewaan kilang RM38,000 sebulan. Bahan-bahan buangan ini juga dipercayai dibawa masuk ke negara ini dari Amerika Syarikat dan China melalui Pelabuhan Klang, yang diisytihar secara salah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Veerapan berkata semasa serbuan, lebih 60 pekerja warga Myanmar sedang berkerja dan telah melarikan diri apabila menyedari mereka diserbu pihak berkuasa, namun lima warga Myanmar dan dua Bangladesh dapat ditahan.

Beliau berkata kesan pembuangan tersebut, memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dan kesihatan penduduk setempat, kerana jarak kilang tersebut dengan Sungai Linggi hanya 100 meter dan boleh mengakibatkan pencemaran sungai.

“Operasi bersepadu melibatkan seramai 71 anggota terdiri daripada JAS negeri, polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) negeri, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri, Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Perhilitan dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS),” katanya.

Veerapan berkata serbuan tersebut turut menemukan penempatan warga asing di dalam kilang tersebut dalam keadaan kotor dan menjijikan.

Tinjauan Bernama mendapati, penempatan tersebut tertutup dan tiada pengudaraan yang baik serta pakaian dan barangan masakan, bersepah dan kotor.

Selain itu turut ditemukan tiga ekor labi-labi, iaitu haiwan liar dilindungi di dalam sebuah tong dan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri.

Veerapan berkata secara keseluruhan, kilang tersebut didapati melakukan sembilan kesalahan di bawah bidang kuasa pelbagai agensi iaitu JAS, PBT, LHDN, Perhilitan dan JIMNS. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings