the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

907.1 tan metrik tayar terpakai dikitar semula setakat Oktober tahun ini

IPOH: Sebanyak 907.1 tan metrik tayar terpakai telah dikitar semula di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini membabitkan kerjasama antara MBI bersama Thowlee Recycle melalui program Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin (gambar) berkata tayar terpakai itu diproses menggunakan kaedah pirolisis bagi menghasilkan produk sekunder yang digunakan dalam pelbagai sektor.

“Kira-kira 20 tan metrik tayar terpakai dikitar semula setiap hari melalui kaedah pirolisis yang melibatkan proses lebur tanpa kehadiran oksigen.

“Proses itu melibatkan penguraian getah bagi menghasilkan produk seperti bahan api dan bahan mentah yang kemudiannya dijual kepada kilang seramik serta syarikat berkaitan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Ipoh di sini hari ini.

Lawatan berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Datuk Bandar Hatyai Dr Wichai Kanchanasuwan dan Ketua Komisi II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Aceh Khairil Syahrial.

Rumaizi berkata objektif utama program itu dilaksanakan adalah untuk meminimumkan pembuangan tayar terpakai dan pembakaran terbuka di tempat awam, selain dapat mengurangkan isu alam sekitar yang boleh menyebabkan gangguan kesihatan awam seperti tempat pembiakan nyamuk aedes.

Beliau berkata IMT-GT ialah inisiatif kerjasama subserantau yang dibentuk pada 1993 oleh Indonesia, Malaysia dan Thailand bertujuan mempercepat transformasi ekonomi di negara-negara itu serta mengiktiraf pelengkap ekonomi dan peluang dalam subserantau.

Dalam perkembangan lain, Rumaizi berkata orang ramai terutamanya masyarakat di sekitar bandar raya Ipoh berpeluang meraih ganjaran wang tunai sekiranya melupuskan barangan terpakai di Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik Trash4cash di Padang Lintau, Manjoi.

Beliau berkata pusat kitar semula di bawah selenggaraan Majuperak Utilities Management Sdn Bhd (MUMSB) itu beroperasi 24 jam sehari, selain menerapkan konsep Do It Yourself yang menggunakan platform digital Trash4cash bertujuan mengendalikan maklumat dan data diperlukan pengguna.

“Platform digital Trash4cash bertujuan mengurus dan mengendalikan maklumat bagi membolehkan orang ramai mendapatkan semua maklumat yang diperlukan termasuk harga pembelian dan pembayaran serta permohonan pengumpulan dari pintu ke pintu secara dalam talian.

“Antara barangan yang diterima ialah tin aluminium, bekas plastik, kotak kadbod, kertas, sisa elektronik dan minyak masak terpakai,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings