the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama semakin sesak petang ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan semakin sesak dan bergerak perlahan petang ini berikutan warga kota sudah kembali bekerja selepas cuti panjang sempena perayaan Krismas.

Setakat 5 petang ini, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan dilaporkan berlaku selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju pusat bandar Kuala Lumpur.

“Sementara di Plaza Tol Jalan Duta, trafik perlahan menghala ke utara dan di Plaza Tol Sungai Besi keadaan trafik perlahan di kedua-dua arah susulan pertambahan kenderaan,” katanya kepada Bernama.

Kemas kini PLUS menerusi laman X rasminya pula memaklumkan terdapat treler rosak di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di kilometer (KM) 31.4 arah utara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Putrajaya dengan lorong kiri terhalang.

Trafik juga perlahan arah utara dari Pedas/Linggi ke Port Dickson (U) serta dari Slim River ke Sungkai.

Sementara itu, trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) perlahan dan sesak sepanjang satu kilometer sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings