the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Armizan: KPDN buka 88 kertas siasatan penipuan pakej umrah

TENOM: Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuka 88 kertas siasatan berkaitan aduan penipuan pakej umrah baru-baru ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (gambar).

Beliau berkata pada 22 Dis tahun lepas, sekumpulan pengguna mendakwa menjadi mangsa penipuan umrah membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan KPDN di Putrajaya dan beberapa negeri lain.

Armizan berkata aduan itu melibatkan kesalahan syarikat umrah tidak mematuhi keputusan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang menetapkan award yang perlu dibayar syarikat kepada mangsa terlibat.

“Sebahagian siasatan telah lengkap dan setakat ini, sebuah syarikat yang berpangkalan di Putrajaya telah menerima notis untuk pendakwaan yang akan berlangsung Selasa depan. Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming (PoS to PoS) di sekitar Tenom di sini hari ini.

Armizan berkata isu penipuan umrah dalam bidang kuasa KPDN ialah terkait kepada aspek kepenggunaan, sementara aspek pelesenan, elemen jenayah dan lain-lain adalah di bawah bidang kuasa kementerian serta agensi lain.

“Mengambil kira isu dan kes melibatkan penipuan umrah semakin banyak, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha KPDN untuk mengadakan perbincangan segera melalui sebuah jawatankuasa yang melibatkan agensi berkaitan.

“Usaha ini penting untuk penyelarasan dan mengenal pasti tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan perlindungan yang lebih holistik kepada para pengguna dalam pengurusan umrah dan haji,” katanya.

Beliau perkata usaha itu termasuk mengkaji keperluan untuk menambah baik kerangka perundangan sedia ada untuk pertimbangan Jemaah Menteri. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings