Your Title

Jerebu: Karnival ‘MYPerodua Nation’ ditangguhkan

PERODUA telah memutuskan untuk menangguhkan karnival tahunan terbesarnya, “MYPerodua Nation”, ke tarikh yang akan ditentukan kelak berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di seluruh negara.

Karnival tersebut sepatutnya diadakan pada hari esok sehingga hari Ahad ini, di Setia City Oval Lawn, Setia Alam.

“Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan sekitar telah dilaporkan sangat tidak sihat dengan catatan bacaan melebihi 200. Perodua tidak akan sama sekali mendedahkan para pelanggan, pelawat dan kakitangannya kepada sebarang risiko kesihatan,” kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad.

“Kami dengan rendah hati ingin memohon maaf di atas segala kesulitan berikutan penangguhan MYPerodua Nation ini. Kami sedang mengkaji semua alternatif dan akan mengumumkan perkembangan mengenai acara ini dalam masa yang terdekat,” katanya.