MODENAS akan menganjurkan satu acara khas untuk pemilik-pemilik “street bike” Modenas pada hari Sabtu (19 Oktober), dari jam 11 pagi hingga 5 petang.
Acara yang dinamakan “Modenas Let’s Talk” akan diadakan di Modenas Power Store di Kota Damansara.
Antara aktiviti dan program menarik yang akan diadakan termasuk servis pemeriksaan motosikal percuma, sesi taklimat produk beserta perkongsian ilmu, sesi ramah mesra, soal jawab bersama pakar, permainan, dan juga acara cabutan bertuah yang menawarkan berbagai hadiah menarik seperti helmet motosikal full face, kamera aksi, sarung tangan dan peralatan menunggang yang lain.
Selain itu, terdapat juga pertandingan best-dressed rider dan “custom bike” yang terbuka kepada semua peserta.
Sesi hari Sabtu ini merupakan salah satu dari empat sesi “Modenas Let’s Talk” yang akan diadakan di empat lokasi berlainan diseluruh negara sehingga bulan Disember tahun ini, dengan kerjasama Bajaj Auto Limited.
Acara “Modenas Let’s Talk” seterusnya akan diumumkan di saluran media sosial termasuk laman rasmi Facebook serta Instagram Modenas.
Pendaftaran kini dibuka bagi sesi di Modenas Power Store, Kota Damansara pada hari Sabtu ini.
“Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu dan beramah mesra dengan pemilik street bike yang lain dan mengenali jenama Modenas dengan lebih rapat lagi,” kata Modenas.
Klik di sini untuk mendaftar.