Your Title

Shell Helix HX8 0W 20 – 100% sintetik dengan harga berpatutan

SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan minyak enjin kelikatan rendah Shell Helix HX8 0W 20 yang memenuhi keperluan hampir semua enjin kereta moden pada hari ini.

“Kini semua pemilik kereta mampu menikmati minyak enjin premium sintetik sepenuhnya dengan harga berpatutan,” kata syarikat tersebut.

Shell Helix HX8 0W 20 baru ini merupakan pilihan yang lebih bijak bagi mereka yang ingin menikmati jarak perbatuan yang lebih serta segala kebaikan minyak enjin sintetik sepenuhnya yang tulen dari Shell, jenama yang dipercayai dan pembekal pelincir nombor satu dunia sepanjang 12 tahun yang lalu.

Pelincir terbaru ini juga menjanjikan prestasi maksimum, penjimatan bahan api dan perlindungan enjin yang lebih baik apabila dihidupkan dalam keadaan sejuk.

Dengan Teknologi Flexi Molecule, Shell Helix HX8 melindungi enjin menerusi penyesuaian dengan cara dan keadaan pemanduan.

Oleh kerana itu, pemilik kereta dapat menikmati hayat enjin yang lebih panjang dengan ekonomi bahan api yang dipertingkatkan, selang masa penukaran minyak yang lebih panjang dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.

Shell Malaysia Trading juga berkata: “Kini minyak pelincir berkelikatan rendah semakin menjadi pilihan di seluruh dunia, di mana banyak syarikat pengeluar kereta telah bertukar kepada produk-produk gred kelikatan rendah bagi penggunaan pertama kereta yang dikeluarkan dari kilang mereka serta untuk kegunaan servis.

“Shell Helix HX8 baru ini menawarkan prestasi premium minyak enjin sintetik sepenuhnya pada harga yang berpatutan supaya pemilik kereta dapat memberikan yang terbaik untuk kereta mereka tanpa kompromi.”

Minyak pelincir tersebut boleh didapati pada harga RM199 bagi pek 4 liter dan RM53.90 bagi pek satu liter di bengkel-bengkel berjenama Shell Helix dan cawangan stesen minyak Shell yang mengambil bahagian.

Para pengguna dinasihatkan supaya membuat pembelian dari cawangan-cawangan ini dan memastikan adanya label “Untuk Pasaran Malaysia”, bagi memastikan ketulenan produk.

Produk ini diperkenalkan selepas dua lagi varian Shell Helix HX8 berada di pasaran, iaitu 5W 40 (harga runcit yang disyorkan: RM165 bagi pek 4 liter) dan 5W 30 (harga runcit yang disyorkan: RM180 bagi pek 4 liter).

Ketiga-tiga produk tulen Shell Helix HX8 “Untuk Pasaran Malaysia” tersebut kini didatangkan dengan label skyline baru yang menarik.

Sempena pelancaran tersebut, Shell Malaysia menawarkan potongan sebanyak RM25 bagi mana-mana varian Shell Helix HX8 apabila pelanggan mendaftarkan pembelian tersebut di program kesetiaan pelanggan Shell Advantage and Rewards (SHARE).

Promosi ini sah dari 1 Oktober hingga 30 November.