TRIUMPH Motorcycles Malaysia telah melancarkan model Triumph Street Triple RS 2020 di Litar Antarabangsa Sepang sempena MotoGP Shell Malaysia 2019, baru-baru ini.
Versi terbaharu Street Triple ini, yang mula dilancarkan dalam tahun 2007, menjanjikan lebih kuasa dan tork; gaya dan pembawaan yang lebih agresif; serta menampilkan teknologi dan spesifikasi yang lebih baik.
Yang paling menariknya ialah harga Street Triple RS 2020 yang kekal tidak berubah daripada model yang sebelumnya, iaitu RM67,900 (termasuk cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 10%).
Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes Sdn Bhd dan Triumph Motorcycles Malaysia Datuk Razak Al Malique menyatakan bahawa versi terbaharu Street Triple ini adalah street bike berprestasi tinggi yang ulung dengan enjin 765cc yang telah terbukti hasil penalaan oleh pakar dari pasukan enjin Moto2 Triumph.
“Walaupun dengan adanya penambahbaikan yang menyeluruh, ditambah pula dengan komponen berspesifikasi tinggi dan teknologi terkini, kami gembira kerana dapat menawarkan peluang kepada para penunggang motosikal untuk merasai pengalaman Street Triple RS baharu yang mengujakan ini tanpa kenaikan harga daripada model yang sebelumnya,” ujar beliau.
Street Triple RS 2020 akan berada di semua bilik pameran Triumph Motorcycles Malaysia untuk pameran dan tempahan sudah pun bermula, manakala penyerahan akan bermula pada Januari 2020.
Apa yang dia ada?
- Pengemaskinian Euro 5 yang signifikan bagi enjin tiga silinder 765cc, dihasilkan oleh pasukan enjin Moto2 Triumph.
- Tork puncak yang lebih tinggi, iaitu 121hp pada 11,750rpm dan 79Nm pada 9,350rpm, dengan tambahan tork pertengahan yang lebih tinggi sebanyak 9%.
- Pendikit yang lebih responsif.
- Penyenyap baru yang lebih bebas alirannya memberikan bunyi derapan yang tersendiri.
- Gearbox yang rapi dan elegan, dengan klac slip dan assist.
- Gaya dan pembawaan yang lebih agresif.
- Lampu depan LED berkembar baru yang tersendiri dengan lampu nyalaan siang.
- Bentuk yang lebih sporty dan bersegi dengan warna baru yang kontemporari.
- Penyenyap gaya baru dengan kemasan carbon fibre yang premium.
- Kemasan dan perincian yang lebih menarik pada seluruh motosikal, termasuklah cermin, pengapit bar handle berjenama, dan kerangka utama Titanium Silver baru.
- Cowl tempat duduk penunggang dan pembonceng yang boleh ditukar, yang lebih ergonomik.
- Fungsi TFT yang dipertingkatkan termasuklah grafik dengan gaya baru.
- Penggunaan sistem keterkaitan MyTriumph, yang membawakan interaksi GoPro, pandu arah turn-by-turn serta pengendalian muzik dan telefon.
- Triumph Shift Assist baru, penganjak ke atas dan bawah yang pantas.
- Lima mode tunggangan yang dipertingkatkan: Road, Rain, Sport, Track, dan Rider.
- Motosikal paling ringan dalam kelasnya.
- Nisbah kuasa-berat yang hebat.
- Standard spesifikasi dan kelengkapan yang premium, termasuklah brek Brembo M50, suspensi Öhlins yang boleh dilaraskan sepenuhnya dan tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP V3.
- Lebih dari 60 aksesori Street Triple tulen untuk perlindungan, keselesaan dan gaya yang lebih.
- Beg dengan fungsi pemasangan lucut pantas.
Spesifikasi
Enjin: Sejukan cecair, 12 injap, DOHC, 3 silinder sebaris, 765cc.
Sistem ekzos: Keluli tahan karat 3-into-1, penyenyap tunggal keluli tahan karat.
Gearbox: 6-kelajuan dengan Triumph Shift Assist.
Kerangka: Depan – aluminium spar berkembar. Belakang – dua keping tuangan terap tekanan tinggi.
Rim depan: Aloi aluminium tuangan 5-jejari 17 x 3.5 inci.
Rim belakang: Aloi aluminium tuangan 5-jejari 17 x 5.5 inci.
Tayar: 120/70 ZR17 (depan), 180/55 ZR17 (belakang).
Suspensi depan: Fork piston besar terbalik Showa 41 mm (BPF), redaman mampatan boleh laras, redaman lantunan dan pelarasan pra-beban.
Suspensi belakang: Ohlins STX40 piggyback reservoir RSU yang boleh dilaras sepenuhnya.
Brek depan: Cakera floating kembar 310mm, Brembo M50 4 angkup omboh radial Monobloc.
Brek belakang: Cakera tunggal 220mm, angkup omboh tunggal Brembo, ABS yang boleh dihidupkan/dimatikan.
Lebar handle: 775mm.
Ketinggian tanpa cermin: 1,085mm.
Tinggi pelana: 840mm.
Tapak roda: 1,405mm.
Rake: 23.9 darjah.
Trail: 100mm.
Berat kering: 166kg.
Kapasiti tangki: 17.4 liter.