KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 15 September sebagai hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Malaysia 2025.
Langkah ini diambil sebagai penghargaan terhadap semangat perpaduan dan sejarah pembentukan Malaysia.
“Ini mudah-mudahan dapat meningkatkan ukhwah, perpaduan dan mengingatkan kita kehebatan pemuka bangsa dalam mengusulkan pembentukan Malaysia negara tercinta,“ kata Anwar semasa Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial.
Sambutan Hari Malaysia pada 16 September akan berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth, Pulau Pinang, dengan pelbagai aktiviti menarik dirancang untuk memeriahkan acara tersebut. - Bernama