the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

3,000 rumah mampu milik bakal dibina untuk rakyat Kedah

JITRA: Kira-kira 3,000 rumah mampu milik bakal dibina di daerah Kubang Pasu menerusi pelaksanaan projek pembangunan Perbandaran Mampu Milik Darulaman Saujana oleh Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang memanfaatkan rakyat Kedah.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata rakyat negeri ini boleh mengambil peluang memiliki rumah yang akan dibina di Hosba, Changlun itu, kerana kawasannya strategik dengan persekitaran dan akses yang baik.

“(Lokasi di Hosba berhampiran) dengan dua projek besar iaitu SBEZ (Zon Sempadan Ekonomi Khas) dan KSTP (Taman Sains dan Teknologi Kedah di Bukit Kayu Hitam), yang semua kawasan ini akan dibangunkan untuk menjana ekonomi dan peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan projek pembangunan berkenaan serta Pelan Induk Pembangunan Bandar Darulaman 3.0 di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi BDB Che Had Dhali.

Terdahulu, dalam ucapan pelancarannya Muhammad Sanusi berkata beliau menghargai usaha BDB itu kerana ia dapat membantu kerajaan negeri mencapai sasaran 15,000 rumah mampu milik dibina dalam tempoh 15 tahun akan datang.

“Kerajaan negeri sentiasa komited dalam membangunkan rumah mampu milik untuk rakyat, seiring dengan hasrat memastikan pembangunan sektor perumahan yang berdaya huni dan teratur dapat dinikmati oleh mereka yang kurang berkemampuan terutamanya golongan B40 dan M40,” katanya.

Sementara itu, Che Had berkata projek pembangunan tersebut dibina di atas tanah seluas 206.32 ekar dengan memfokus kepada perumahan mampu milik dan perumahan Dasar Kerajaan Negeri Kedah di Kubang Pasu, yang dijangka akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini.

“Apabila siap kelak, Perbandaran Darulaman Saujana ini dijangka mempunyai lebih 14,000 penduduk dan antara komponen utama pembangunan ini ialah pembinaan 1,438 unit rumah teres satu tingkat dan 192 unit rumah kluster berkembar satu tingkat.

“Selain itu, kami juga berhasrat membina 582 unit Rumah Kasih Rakyat dan 234 unit Rumah Aman Kedah dan 512 unit Rumah Makmur Kedah,” katanya.

Mengenai pembangunan Bandar Darulaman 3.0 pula, Che Had berkata antara rancangan pembangunan lapan tahun itu ialah pembinaan Dataran Darulaman, Darulaman Park dan Darulaman Hills yang diyakini bakal menjadi sebuah perbandaran lebih moden serta maju.

“Teras utama pembangunan bandar itu ialah kelestarian alam yang memberikan keutamaan kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui secara efektif dan menerapkan elemen rendah karbon dalam setiap aspek pembangunan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings