the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 10, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

418 pesara, pegawai dan waris anggota polis Perak terima anugerah PJPN

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

IPOH: Seramai 418 pesara, pegawai rendah serta waris anggota polis Perak yang pernah berkhidmat di era darurat disenaraikan sebagai penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Siri 2/2023.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pingat itu dianugerahkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka sewaktu bertugas dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu serta Era Insurgensi Komunis yang turut dikenali sebagai Perkhidmatan Semasa Darurat di Sabah dan Sarawak.

Saarani hari ini menyampaikan pingat tersebut kepada 90 daripada 418 penerima itu pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

“Seramai 318 penerima PJPN adalah terdiri daripada pesara (polis), 90 melibatkan waris anggota yang telah meninggal dunia serta 10 pegawai rendah yang masih berkhidmat.

“Penganugerahan pingat ini juga sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia khusus kepada anggota polis yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negara,” katanya kepada media selepas majlis itu.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Pada 23 Feb lepas, seramai 381 pesara serta pegawai yang masih berkhidmat telah dianugerahkan PJPN siri 1/2023 dalam majlis yang berlangsung di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 261 penerima terdiri daripada pesara polis manakala 120 individu merupakan anggota yang masih berkhidmat–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee Launches Buy Today, Get Today with Free Islandwide Same-Day Delivery

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 9 July 2026 - Shopee today launched Buy Today, Get Today, bringing free islandwide Same-Day Delivery to eligible orders on Fulfilled by Shopee (FBS) items.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings