KUALA LUMPUR: Sebanyak 60 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap sederhana setakat 11 pagi ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar, selain lain lapan kawasan merekodkan bacaan IPU baik melibatkan Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu dan Kimanis di Sabah; ILP Miri, Sri Aman, Kapit, Limbang di Sarawak serta Labuan.
Tiada kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara - BERNAMA