the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

75 individu ditahan dalam Ops Jejak 2 ceroboh Hutan Simpan Ayer Itam

KUALA LUMPUR: Seramai 75 individu telah ditahan dalam Ops Jejak 2 selepas didapati memasuki kawasan larangan iaitu Hutan Simpan Ayer Itam di Puchong tanpa permit yang sah.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad menyatakan mereka ditahan pada kira-kira jam 11 pagi, semalam oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Penahanan itu dilakukan dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, Universiti Putra Malaysia dan Balai Polis Puchong Jaya.

Kesemua individu tersebut difahamkan memasuki hutan simpanan kekal melalui Bukit Wawasan tanpa permit di bawah Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negara 1985.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1985 kerana memasuki hutan simpanan kekal tanpa kebenaran.

Muhamad Farid mengingatkan orang awam supaya tidak memasuki hutan simpan itu tanpa permit sah kerana kawasan tersebut dikhaskan untuk pembelajaran dan penyelidikan Bahagian Perhutanan UPM.

Beliau menjelaskan kawasan hutan simpan yang dibuka kepada orang awam hanyalah Trek Hutan 1.

Trek tersebut bermula dan berakhir di Kaki Bukit Wawasan sepanjang 2.8 kilometer seperti yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke-32 pada tahun 2012. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings