the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli juruukur perlu tingkatkan mutu perkhidmatan seiring perkembangan teknologi

KOTA BHARU: Ahli juruukur dalam pelbagai bidang iaitu tanah, bahan, harta dan bangunan di seluruh negara perlu meningkatkan mutu perkhidmatan mereka seiring dengan perkembangan kemajuan teknologi baharu, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Pengerusi Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) Cawangan Pantai Timur Fadzullah Suhaimi Abd Ghafar berkata hal ini penting kerana mengambil kira perubahan teknologi yang harus dipupuk dan diterapkan dalam profesion masing-masing.

Beliau berkata hasil pembentangan kertas kerja ahli akademik di Seminar Juruukur di Malaysia di sini hari ini dan esok, diharap dapat menjadi panduan kepada 100 ahli juruukur yang menghadiri seminar itu dalam meningkatkan lagi mutu profesion berkenaan.

“Kehadiran mereka (ahli juruukur) juga adalah bagi mendapatkan mata untuk memperbaharui lesen dalam bidang masing-masing tahun ini, walaupun mereka mempunyai pengalaman tetapi ia perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa,“ katanya kepada pemberita pada seminar Profesion Juruukur di Malaysia, di sini hari ini, yang dirasmikan oleh Presiden RISM Dr Ahmad Sanusi Che Cob.

Hadir sama Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia Datuk Hazri Hassan yang turut menjadi pembentang kertas kerja bertajuk ‘Geomatik: Merapatkan Jurang antara Profesional’.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings