• 2025-08-07 11:20 AM

SHAH ALAM: “Tiada masa” dan “terlupa” antara alasan paling kerap diberikan oleh pengguna jalan raya di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) ketika ditanya mengenai ketiadaan lesen memandu.

Operasi Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor berlangsung hampir lima jam bermula kira-kira 8.30 malam semalam.

Sebanyak 580 kenderaan diperiksa, dengan 252 notis kesalahan dikeluarkan kepada pengguna jalan raya.

Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata antara kesalahan utama ialah tidak memiliki lesen memandu (76 kes).

Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (51 kes), tiada insurans (49 kes), dan tiada lesen GDL (8 kes) turut direkodkan.

Kesalahan lain termasuk tidak memaparkan nombor pendaftaran kenderaan (7 kes) dan tiada cermin pembalik (5 kes).

Tempoh paling lama LKM tidak diperbaharui adalah dua tahun, kebanyakannya melibatkan penunggang motosikal.

Operasi di Plaza Tol Kemuning menghala ke Shah Alam berjalan lancar tanpa insiden penunggang motosikal melawan arus.

Sebanyak 12 kenderaan disita, termasuk lapan motosikal dan empat kereta.

Pemeriksaan bas persiaran mendapati semua penumpang memakai tali pinggang keledar.

Operasi bersepadu ini melibatkan kerjasama JSPT Polis Diraja Malaysia, AADK, dan pihak konsesi lebuh raya.

AADK Petaling menahan tiga lelaki tempatan berusia 30 hingga 40 tahun kerana positif methamphetamine - Bernama