the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amaran hujan lebat dan ribut petir di Kuala Lumpur, enam negeri hingga 3 petang

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 3 petang hari ini.

MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka menjejaskan Bentong di Pahang serta beberapa kawasan di Selangor termasuk Klang, Gombak dan Petaling.

Keadaan sama diramal melanda Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Negeri Sembilan serta Johor.

Di Negeri Sembilan, kawasan Jelebu dijangka mengalami cuaca buruk manakala di Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sabah, kawasan pedalaman Nabawan serta Pantai Barat seperti Kota Kinabalu dan Tuaran turut dijangka mengalami keadaan cuaca serupa.

Daerah Sandakan termasuk Tongod, Kinabatangan dan Sandakan juga antara lokasi yang terjejas di Sabah.

Sementara itu di Sarawak, kawasan terjejas ialah Mukah meliputi Dalat dan Mukah serta Bintulu yang merangkumi Tatau dan Bintulu.

Daerah Miri termasuk Subis, Beluru, Miri dan Marudi turut dijangka mengalami cuaca buruk sehingga jam 3 petang.

MetMalaysia mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pada jam 1 tengah hari tadi untuk makluman orang ramai. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings