the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ambulans dalam perjalanan ambil pesakit terlibat kemalangan

SEREMBAN: Sebuah ambulans yang dalam perjalanan mengambil pesakit di sebuah rumah, terlibat dalam kemalangan dengan kereta jenis Perodua Kancil dalam kejadian di KM 6.6 Jalan Pantai, Port Dickson dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata bagaimanapun, pemandu ambulans berusia 43 tahun bersama penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan sebuah hospital itu tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata pemandu kereta iaitu wanita berusia 48 tahun dan anak perempuannya, 10, pula mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Zon Hijau Hospital Port Dickson, manakala seorang lagi anak perempuannya berumur 7 tahun tidak cedera.

“Siasatan awal mendapati sebelum kemalangan, ambulans berkenaan mendapat panggilan kecemasan dan bergerak dari arah Hospital Port Dickson menghala ke Taman Megah Shellgate.

“Tiba di lokasi kejadian, kereta yang berada di lorong kanan hadapan ambulans secara tiba-tiba masuk ke simpang kanan sehingga ambulans terlanggar bahagian belakang kereta itu dan menyebabkan ia terbalik,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Aidi Sham berkata siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Beliau berkata orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan boleh berhubung dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson menerusi talian 06-6472222. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings