• 2025-08-24 08:43 PM

KUALA LUMPUR: Seorang anak lelaki bekas pemimpin negara telah ditahan selepas polis menemukan dadah dalam kereta miliknya di Lebuhraya Sprint berhampiran Plaza Tol Damansara di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan penahanan lelaki berusia 20-an itu.

Difahamkan lelaki terbabit memandu secara mengundur dengan laju dan berbahaya serta berada dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 0.6 lebuh raya terbabit.

Pemeriksaan terhadap keretanya menemukan sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.

Lelaki itu dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Menurut sumber lelaki itu turut mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah. – Bernama