ANKARA: Sekurang-kurangnya 54,772 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan genosid Israel sejak Oktober 2023, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan pada Sabtu.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata sebanyak 95 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 48 jam lepas manakala 304 lagi cedera, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan akibat serangan Israel kepada 125,834 orang.
“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di atas jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak mempunyai akses kepada mereka,” menurut kenyataan itu lagi.
Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac lepas dan sejak itu telah membunuh 4,497 orang serta mencederakan 13,793 yang lain, sekali gus memusnahkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai pada Januari.