the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aruwin raih tempat keempat dalam Sukan Musim Sejuk Asia di China

KUALA LUMPUR: Atlet luncur alpine negara Aruwin Idami Salehhuddin membuat penampilan sulung yang luar biasa pada Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin, China apabila melakar sejarah dengan meraih tempat keempat dalam acara slalom wanita.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi hantaran Facebook memaklumkan atlet berusia 21 tahun itu mengagumkan penonton di Kluster Yabuli di Wilayah Heilongjiang, mempamerkan kesungguhan dan keazaman beliau dalam saingan sengit itu. Beliau menamatkan perlawanan dengan catatan masa 1:36.74, hanya ketinggalan 1.82 saat di belakang pemenang pingat gangsa.

Atlet dari Jepun, Chisaki Maeda merangkul pingat emas dengan masa 1:33.50 manakala Sohui Gim dari Korea Selatan mendapat pingat perak dengan 1:34.06, pingat gangsa pula menjadi milik Eren Watanabe dari Jepun (1:34.96).

Aruwin merupakan seorang daripada empat peluncur dari Asia Tenggara yang menyertai acara itu, bersama-sama Tallulah Proulx (Filipina) serta dua atlet Thailand, iaitu Karyssa Vasavanont dan Phichayaporn Thipkesorn.

Walaupun terlepas pingat gangsa, kejayaan Aruwin itu amat signifikan kerana ia merupakan kali pertama atlet wanita Malaysia bertanding dalam acara luncur alpine pada Sukan Musim Sejuk Asia.

Dalam pada itu, Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menzahirkan perasaan bangga atas prestasi cemerlang Aruwin.

“Bagi pihak NOC (Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan) Malaysia, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Aruwin atas pencapaian luar biasa. Beliau bukan sahaja atlet wanita Malaysia pertama yang layak ke acara luncur alpine pada Sukan Musim Sejuk Olimpik, tetapi juga yang pertama bersaing dalam acara sama pada Sukan Musim Sejuk Asia.

“Aruwin mempunyai masa depan yang cerah, beliau hanya berusia 21 tahun. NOC Malaysia akan menulis surat kepada Menteri Belia dan Sukan untuk mempertimbangkan bantuan kewangan tambahan bagi membantu beliau dalam kelayakan Sukan Musim Sejuk Olimpik dan Sukan Musim Sejuk Asia seterusnya.

Untuk rekod, Aruwin ialah atlet pertama dari Malaysia yang bertanding dalam Sukan Musim Sejuk Olimpik 2022 di Beijing, China.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings