the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Arwah sempat masak Mi celup untuk keluarga – Abang mangsa kemalangan bas Gerik

GERIK:: Arwah sempat masak mi celup untuk kami semua satu keluarga makan semalam, demikian menurut abang seorang mangsa kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik awal pagi tadi.

Wan Muhammad Sham Wan Muhammad, 31, merupakan abang kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Wan Nur Suhaila, 22, yang maut dalam kemalangan tersebut.

Wan Muhammad Sham berkata adiknya itu seorang yang ceria dan peramah, tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

“Adik balik ke kampung (sempena Aidiladha) dan kali ini kesemua sembilan beradik balik beraya di kampung. Adik masak mi celup untuk kami semua makan sebelum dia pulang semua ke Tanjung Malim,” katanya ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Gerik di sini hari ini.

Wan Muhammad Sham berkata beliau menerima berita mengenai kemalangan itu kira-kira 3.30 pagi tadi daripada ibunya dan segera ke Hospital Gerik bersama ahli keluarga yang lain.

“Semasa menerima berita kemalangan itu kami tidak tahu lagi keadaan mangsa, apabila sampai di sini (hospital) baru dapat tahu adik sudah meninggal dunia,” katanya.

Wan Muhammad Sham berkata Allahyarham merupakan anak keenam dari sembilan beradik merupakan pelajar semester keempat jurusan Sastera di UPSI.

Sementara itu, seorang mangsa yang cedera Nur Irdina Huri, 22, mendakwa bas yang dinaiki mereka berbau hangit dan bergerak laju dan terhuyung-hayang, semasa menuruni jalan yang berbukit di lokasi kejadian.

“Semasa kejadian saya tidak tidur, tetapi (kemalangan) itu berlaku dengan cepat sangat. Saya keluar dari bas ikut lubang kecil yang ada dan tidak dapat bantu rakan-rakan yang lain meminta tolong, sebab keadaan di lokasi sangat gelap,” katanya yang merupakan pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak di UPSI.

Nur Irdina berkata beliau mengalami kecederaan di pinggang selain kakinya turut terseliuh.

Terdahulu, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak dalam kenyataan memaklumkan, sekurang-kurangnya 15 maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan di JRTB Banun, Gerik awal pagi tadi.

PKOD APM Hulu Perak memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu daripada Hospital Gerik pada 1.10 pagi tadi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings