the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika guna telefon bimbit sedang dicas

SHAH ALAM: Seorang penghantar barangan ditemukan maut, disyaki akibat terkena renjatan elektrik semasa menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas ketika rumahnya dinaiki air banjir di Kampung Padang Jawa, Klang petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki tempatan berusia 24 tahun itu oleh orang awam pada jam 6.11 petang di sebuah rumah lot satu tingkat di kawasan berkenaan.

“ Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap, memakai kemeja-T tanpa lengan berwarna biru gelap dan seluar pendek hitam.

“Siasatan awal mengesyaki mangsa terkena renjatan elektrik semasa menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas ketika rumah dinaiki air banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau kecederaan luaran.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk proses bedah siasat,” tambahnya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fildza Che Ibrahim di talian 016-9537372 bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, seorang lelaki warga Sri Lanka dilaporkan maut bersama seekor anjing, dipercayai akibat renjatan elektrik di sebuah stor menyimpan barang-barang pembinaan di Taman Alam Indah, Seksyen 25, Shah Alam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings