the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Terengganu bersedia – Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu bersedia berdepan musibah banjir yang dijangka melanda negeri itu susulan fenomena Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal tiba tidak lama lagi.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata satu mesyuarat telah diadakan oleh pihak berkuasa negeri baru-baru ini sebagai persediaan menghadapi bencana berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga telah mendapat taklimat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi mesyuarat itu.

“Ia termasuk bilakah jangkaan MTL akan sampai dan kemungkinan yang boleh berlaku. Insya-Allah kita bersedia. Setiap tahun kita sentiasa berdepan perkara yang sama,” katanya selepas menghadiri Majlis Penutup Seminar Ahli Majlis Berkuasa Tempatan negeri Terengganu Penggal 2024-2026 di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri Hanafiah Mat dilaporkan berkata sebanyak RM4.2 juta diperuntuk bagi menghadapi MTL yang dijangka bermula bulan depan termasuk RM2.2 juta peruntukan disalurkan oleh kerajaan pusat bagi pembelian pelbagai barangan keperluan dan makanan mangsa banjir.

Setakat ini, Kedah menjadi satu-satunya negeri yang masih dilanda banjir dengan seramai 633 orang mangsa daripada 212 keluarga mangsa masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi tadi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LPT3 implementation, vape issue among focus of Dewan Rakyat today

The proposed implementation of the LPT3 through a public-private partnership (PPP) model and measures to curb syndicates distributing harmful vape products targeting youths and school students are among the focus of the Dewan Rakyat sitting today.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings