MANILA: Bank Dunia akan menyediakan pinjaman bernilai US$700 juta kepada Filipina bagi projek pembinaan semula dan pembangunan untuk meningkatkan daya tahan negara itu terhadap bencana alam serta kesan perubahan iklim.
Menurut kenyataan Bank Dunia, pinjaman ini sebahagian daripada projek bernilai US$874.35 juta, dengan kerajaan Filipina membiayai baki US$174.35 juta. Projek ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta isi rumah melalui perancangan komuniti lebih baik dan pelaburan infrastruktur tahan bencana.
“Filipina menduduki kedudukan tertinggi dalam Indeks Risiko Dunia akibat kerentanan tinggi terhadap cuaca ekstrem dan perubahan iklim,“ kata Bank Dunia. Negara ini antara yang paling terdedah kepada bencana alam di dunia. - BERNAMA-XINHUA