KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kawangan berjumlah RM500 kepada penjawat dan RM250 untuk pesara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini berkata bantuan itu akan disalurkan pada Februari 2025.

“Bantuan ini akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250,” katanya.