• 2025-07-05 10:05 AM

NILAI: Tujuh individu termasuk pemandu mengalami kecederaan ringan selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terlanggar palang had ketinggian di Jalan Arab Malaysian, Nilai malam tadi. Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.30 malam.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Azmi Hamid, bas tersebut membawa 19 penumpang dan dipercayai dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Melaka. “Kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di zon hijau Hospital Serdang,“ katanya ketika dihubungi Bernama.

Operasi penyelamatan dijalankan oleh sembilan anggota bomba. Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan tiada kecederaan serius dilaporkan.