the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bayi lelaki maut dalam kemalangan di Kinabatangan

KINABATANGAN: Bayi lelaki maut selepas kereta dinaikinya bertembung dengan pacuan empat roda dalam nahas jalan raya di Jalan Paris 3 di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt Ravi Duraisamy berkata bayi berumur setahun 11 bulan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lelaki yang juga pemandu kereta terbabit cedera parah selain tiga lagi penumpang cedera ringan.

“Pihak polis menerima panggilan pada 2.15 pagi tadi dan siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai memasuki laluan kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu.

“Pemandu pacuan empat roda yang mengalami cedera ringan itu cuba mengelak, namun jarak yang terlalu dekat menyebabkan berlaku pertembungan,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Polis turut mengambil sampel darah pemandu terlibat bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil ke cawangan trafik di sini atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Hamkhah Md Syukur di talian 014-9551030 bagi membantu siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings