KUALA LUMPUR: Kesemua 28 kawasan di Wilayah Hulu Langat yang terjejas berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dihenti beroperasi sebelum ini, kembali menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada 12 tengah hari tadi.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini.

Pengguna boleh merujuk kepada saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi dan media sosial Air Selangor atau menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor di 15300 sementara pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di Pusat Bantuan Pelanggan melalui laman sesawang www.airselangor.com.

Sebelum ini dilaporkan terdapat beberapa LRA perlu berhenti beroperasi kerana paras air yang meningkat dan penutupan kecemasan bekalan elektrik Ahad lepas. — Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image