the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas jurutera awam mengaku tidak salah minta rasuah RM30,000

ALOR SETAR: Seorang bekas jurutera awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM30,000 daripada sebuah syarikat tujuh tahun lepas.

Syaiful Marzuki Roslan, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Syaiful Marzuki dituduh meminta suapan RM30,000 daripada seorang pemilik syarikat sebagai balasan memberi kelulusan untuk kemajuan kerja yang dijalankan sebuah syarikat bagi projek Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik konsultan tapak projek pembangunan pusat peranginan bertaraf empat bintang di Mukim Padang Matsirat, Pantai Tengah, Langkawi pada 18 April 2017.

Dia didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin di samping perlu menyerahkan pasport. Mahkamah turut menetapkan 25 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rasyidah Murni Adzmi dan Pegawai Pendakwa SPRM Muhammad Taufik Awaludin manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Adha Amir Yasser.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings