KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) hari ini bersetuju melantik semula Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Setiausaha Agung manakala Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung BN.
Zambry dalam kenyataan malam ini memaklumkan pelantikan itu, yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan, adalah berdasarkan Fasal 8.3 (D) dan Fasal 8.3 (E) Perlembagaan BN.
“Mesyuarat Agung Tahunan 2025 dengan penuh iltizam memperkukuhkan parti sebagai wadah politik inklusif dan memperteguh tekad untuk kekal bersatu di bawah payung Barisan Nasional.
“BN juga mengesahkan kesiapsiagaan penuh dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.
“Kestabilan politik Sabah adalah kunci memperkukuh keselamatan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri Di Bawah Bayu,” katanya.