Sunday, November 9, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BUDI95 catat tiga juta pengguna, jualan lebih RM91 juta dalam empat hari

KUALA LUMPUR: Inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mencatat hampir tiga juta pengguna dengan jualan melebihi RM91 juta dalam tempoh empat hari.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata setakat 6 petang tadi, lebih kurang dua juta pengguna telah memanfaatkan pembelian petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter.

Beliau menyatakan pergerakan yang dilihat hari ini berjalan lancar tanpa banyak rungutan daripada orang ramai.

“Pergerakan kenderaan juga mungkin lebih daripada biasa kerana ramai teruja untuk mendapatkan harga minyak yang lebih rendah,“ katanya pada sesi tinjauan pelaksanaan BUDI95 di Stesen Minyak Petronas Sri Hartamas.

Kerajaan sedang berbincang dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bagi membolehkan pemilik bot menerima inisiatif BUDI95.

“Kita juga ada mendengar daripada mereka yang ada bot dengan enjin sangkut, mereka tak dapat subsidi,“ katanya.

“Dari segi dasarnya, kita bersetuju untuk mereka mendapat kelayakan dengan tahap kelayakan yang akan ditentukan.”

Data-data daripada pemilik bot ini akan dimasukkan dalam sistem dan mereka juga akan dapat kelayakan.

Kelonggaran turut diberikan kepada mereka yang lesen memandu telah tamat tempoh kurang daripada tiga tahun.

“Kita masih memberikan BUDI95 dan menggalakkan mereka membaharui lesen kerana yang penting lesen mereka sah apabila membawa kereta,“ jelas Amir Hamzah.

BUDI95 dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 27 September dengan 300,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Inisiatif ini kemudian diperluas kepada lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori B40 pada Ahad.

Sebanyak 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif layak menikmati subsidi petrol RON95.

Mereka boleh membeli pada harga RM1.99 seliter berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter dengan kelayakan sehingga 300 liter sebulan.

Kementerian Kewangan sebelum ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada RM2.60 seliter bagi tempoh 30 September hingga 8 Oktober. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Toyota Tacoma H2-Overlander Concept turns water into adventure

Toyota took centre stage at this year’s SEMA Show with a concept that pushes off-road innovation into new territory — the Tacoma H2-Overlander, a hydrogen-powered pickup designed not only to drive emissions-free but to literally make and reuse water as it goes. The concept sits under Toyota’s “Powered by Possibility” theme, a showcase of experimental builds aimed at demonstrating how future vehicles could combine clean energy with real-world versatility. At its core, the Tacoma H2-Overlander begins life as a standard Tacoma pickup, but instead of the usual petrol engine, it’s fitted with the second-generation hydrogen fuel cell system lifted from the Toyota Mirai sedan.
spot_img

Popular Categories