KUALA LUMPUR: Kejohanan Badminton Dunia 2021 yang pada awalnya dijadual diadakan pada Ogos 2021 di Huelva, Spain, telah dipinda pada akhir tahun depan.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam kenyataan hari ini berkata Persekutuan Badminton Sepanyol (FESBA) bersetuju menganjurkan kejohanan dwitahunan itu dari 29 Nov hingga 5 Dis di Stadium Carolina Marin, yang dinamakan sempena nama juara dunia tiga kali, di bandar kelahirannya.
Badan pengurus dunia mendedahkan keputusan terbaru itu akan membolehkan lebih banyak kejohanan diadakan tahun depan selepas Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ke 2021 ekoran pandemik Covid-19 global.
“BWF dan FESBA telah mengadakan perbincangan terbuka dengan penganjur kejohanan untuk meminda pertandingan itu pada akhir tahun ini bagi memastikan kejayaan acara itu untuk pemain, pengiring dan peminat mereka.
“Jadual baharu itu akan membolehkan pemain memberikan tumpuan yang lebih jelas untuk tahun 2021 yang mereka akan mempunyai dua objektif iaitu Sukan Olimpik dan Kejuaraan Dunia,” menurut BWF. – Bernama