the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

COP28: Malaysia layak untuk dana kerugian dan kemusnahan

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Malaysia sebagai sebuah negara membangun layak untuk menerima Dana Kerugian dan Kemusnahan (L&D) yang diterima pakai pada Persidangan Pihak-Pihak ke-28 (COP28) bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk memberi pampasan kepada negara rentan yang mengalami kerugian dan kemusnahan disebabkan perubahan iklim.

Walaupun Malaysia pada masa ini tidak tersenarai sebagai negara penerima manfaat L&D, ia sepatutnya menyemak kriterianya untuk mendapatkan akses kepada dana khusus ini, kata penganalis dasar kewangan iklim Muhammad Shaqib Shahrilnizam.

Beliau berkata ini dapat membantu mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan bajet kerajaan, terutamanya semasa bencana alam yang disebabkan oleh perubahan iklim.

“Malaysia sepatutnya disenaraikan sebagai satu daripada negara L&D kerana masyarakat dan ekonominya terjejas akibat banjir besar, terutamanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini,“ katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Beliau turut mengulas mengenai faedah ekonomi yang boleh diperoleh Malaysia andai diberi akses kepada dana itu, termasuk memberikan nilai ekonomi kepada syarikat tempatan, Kewangan Iklim Antarabangsa (ICF), Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) dan lain-lain untuk melabur dalam projek L&D di negara ini.

“Ini boleh membuka idea untuk mendorong pelan rangka L&D untuk Malaysia sebelum kita dapat akses kepada dana L&D,“ katanya.

Hampir 200 negara berikrar secara kolektif untuk memperuntukkan lebih daripada US$400 juta bagi mewujudkan dana L&D sebagai menyokong negara-negara rentan dalam mendepani bencana iklim.

Beberapa negara diterajui oleh UAE membuat komitmen kewangan mereka kepada dana itu dengan UAE menyumbang US$100 juta, Jerman (US$100 juta), United Kingdom dengan £40 juta (sekitar US$50.6 juta) dan £20 juta untuk persediaan lain, Jepun (US$10 juta) dan Amerika Syarikat (US$17.5 juta).

Presiden COP28 Sultan Ahmed Al-Jaber berkata dana itu akan membantu berbilion-bilion penduduk dan sumber pendapatan yang terjejas akibat kesan buruk perubahan iklim.

Dana L&D akan membantu negara-negara mempersiapkan komuniti terhadap impak iklim yang sudah berlaku serta menangani kerugian yang tidak dapat dielakkan seperti banjir dan tanah runtuh.

Dalam konteks tempatan, Malaysia setiap tahun mengalami hujan lebat yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang menurut kebanyakan pemerhati punca utama kepada masalah itu disebabkan pembalakan haram dan perubahan iklim.

Muhammad Shaqib yang juga bekas Global Youth Focal Point on Climate Finance ke Konvensyen Rangka Kerja PBB Mengenai Perubahan Iklim menyifatkan keputusan itu sebagai pencapaian besar.

“Kami jangka perkara itu akan dibuat pada penghujung COP28 tetapi kami agak terkejut ia diluluskan pada hari pertama,“ katanya.

Pengarah Eksekutif Third World Network (TWN) Chee Yoke Ling yang menyambut baik keputusan itu berkata Dana L&D satu kemenangan bagi banyak negara membangun G77, selepas bertahun-tahun berjuang untuk mendapatkan komitmen konkrit dari negara-negara maju untuk membantu menangani isu perubahan iklim.

Beliau berkata sebagai sebuah negara membangun, Malaysia layak dan harus menilai keperluan kerugian dan kemusnahan yang dialami negara yang boleh disokong oleh dana baharu itu.

“Bagaimanapun, Malaysia perlu benar-benar memahami tentang apa itu (L&D) di peringkat nasional sebelum kita boleh melaksanakannya.

“Ini kerana L&D bukan sahaja untuk satu kementerian tertentu tetapi L&D merentasi keseluruhan ekonomi negara daripada teknologi pembinaan hingga pembangunan dan aktiviti lain,“ katanya.

Dana L&D diwujudkan di COP27 di Mesir pada tahun 2022, sejak sekian lama telah menjadi tuntutan lama negara-negara membangun bagi menangani kos bencana yang berpunca daripada peningkatan cuaca ekstrem seperti kemarau, banjir dan kenaikan aras laut.

Pada Jumaat, semasa pelancaran Pavillion Malaysia untuk COP28, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Malaysia mengakui peranan penting UAE di COP28, menyatakan harapan untuk rundingan yang berjaya dan membayangkan satu pendekatan kerjasama yang kukuh dalam hal berkaitan dengan iklim.

Nik Nazmi berkata bagi memastikan ketelusan dana L&D itu dan pelaksanaan menyeluruh, dana berkenaan mesti kekal bebas daripada campur tangan politik untuk pelan tindakan perubahan iklim dan dapat memberi bantuan pantas bagi menyokong negara membangun.

Malaysia menghantar delegasi terbesar iaitu seramai 600 orang COP28 pada tahun ini, menurut NRECC.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Flash Sports & Media, Inc. Unveils Plan to Build the Next Tier of T20...

Tampa, Florida - Newsfile Corp. - June 26, 2026 - Flash Sports & Media, Inc. (NASDAQ: FLZH), a sports media and content company focused on the global cricket industry, today announced the release of its 2026 Investor Presentation filed with the U.S. Securities and Exchange Commission on Form 8-K, outlining the Company's strategic vision to build the first vertically integrated, multi-market T20 cricket platform on a public exchange.

OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead China Telecom Global Partner Conference Held

On June 25, 2026, the China Telecom Global Partner Conference convened in Shanghai. Centered on the theme of "OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead," the event brought together leading global telcos, key ecosystem partners, and prominent clients from both domestic and international markets.

Hong Kong celebrates surge of global enterprises driving investment and opportunities

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 26 June 2026 – More than 380 representatives of global enterprises joined a welcome reception yesterday (June 25) for 413 newly arrived or expanded overseas and Chinese Mainland companies in Hong Kong.

HONMA Golf FY2025/26 Results Remained Resilient Sales and Net Profit Showed Visible Improvements

HONMA Golf posted resilient FY2025/26 results with higher revenue and a return to profit, supported by strong growth in Korea, successful product launches, improved distribution channels, and continued investment in innovation and brand development.

From Millennium Xuan Paper to Contemporary Visual Storytelling: China’s Intangible Cultural Heritage Sets Off...

The drama Zhong Mo Yuan brings UNESCO-recognised Xuan paper-making to contemporary audiences, using visual storytelling to highlight China's intangible cultural heritage while promoting cultural preservation, craftsmanship, and international appreciation.

Europe and China must pivot from tech rivalry to constructive engagement in AI era,...

European and Chinese leaders called for constructive AI collaboration instead of technological rivalry, emphasising responsible governance, innovation, and cross-border cooperation to address challenges in energy, healthcare, manufacturing, and global AI development.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings