Saturday, November 8, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Definisi buli antara tumpuan utama dalam penggubalan RUU Tribunal Anti-Buli – Azalina

The Sun Berita

SHAH ALAM: Definisi buli dengan takrifan yang jelas antara perkara utama yang akan diberi tumpuan dalam proses penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perkara itu menjadi tumpuan masyarakat, yang banyak dibangkitkan pada sesi dialog awam atau Town Hall Antibuli dan portal Peta Reformasi Institusi (PetaRI), supaya tindakan susulan lebih tersusun dan berimpak dapat dilaksanakan bagi membanteras gejala itu menerusi satu definisi buli yang jelas dan tuntas.

“Rata-rata banyak yang komen kalau nak ada akta kena ada definisi (buli). Keduanya kalau ada tribunal, ia harus cepat diselesaikan. Jadi, kami akan kaji perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi Town Hall Anti-Buli Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.

Turut hadir pada sesi hari ini Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Azalina pada masa sama turut memohon supaya masyarakat memperluaskan lagi perbincangan mengenai isu itu dalam konteks individu melebihi 18 tahun agar RUU yang dibuat nanti bakal menjamin bukan sahaja keselamatan pelajar tetapi individu di tempat kerja.

Beliau bagaimanapun berkata fasa pertama RUU Tribunal Anti-Buli buat masa ini akan memfokuskan kepada mereka di bawah 18 tahun terlebih dahulu.

“Sebagai kerajaan, kami tak nak bagi definisi (buli) secara pandangan, persepsi atau berdasarkan kajian antarabangsa sahaja, kami harus mengambil kira Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama.

“Macam tadi pun (semasa dialog awam) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), peguam, pihak sekolah, kementerian ada pandangan yang berbeza. Jadi, buat masa sekarang terlampau awal untuk saya maklumkan apa yang bakal didefinisikan sebagai buli,” katanya.

Beliau berkata dialog awam itu akan diteruskan ke Johor esok sebelum bergerak ke negeri di utara, selain turut melibatkan program serupa di akademi latihan unit beruniform seperti polis dan tentera bagi mengumpul sebanyak mungkin pandangan yang bersesuaian.

Sebelum ini, Azalina dilaporkan berkata RUU Tribunal Anti-Buli diharap dapat dibawa ke persidangan Parlimen pada Oktober ini, selepas selesai sesi penerangan atau jelajah serta mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Beliau berkata sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan dijangka diselesaikan bulan ini (September) sebelum kertas cadangan dibentangkan kepada Kabinet – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Malaysians embrace AI speed but still crave human connection, Zoom research finds

Malaysians are adopting artificial intelligence (AI) faster than many of their regional peers, valuing speed and efficiency while still insisting on the human touch when things get complex, according to Zoom’s latest AI Natives Research. The study found that 59% of Malaysians prioritise speed in digital interactions, and 63% would abandon a brand if responses were slow or unhelpful. Yet, 83% still prefer to speak to a human agent when situations become emotional, underscoring the need for empathy in the AI era. Zoom describes Malaysia as one of the most “AI-native” markets in Asia-Pacific, with nearly all respondents (98%) already using AI tools at work. As AI adoption grows, Zoom is also expanding its focus to frontline workers, introducing Zoom Workplace for Frontline — a mobile-first, AI-driven platform designed to boost productivity, streamline communication, and empower employees on the ground.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img