the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki diburu bantu siasatan kes samun jongkong emas

SHAH ALAM: Polis memburu dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun berkawan dan bersenjata melibatkan jongkong emas milik sebuah syarikat di Kompleks Industri Puchong, dekat sini pada 13 September lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya berusia 28 dan 35 tahun manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mereka diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang menerusi talian 03-8074 2222 bagi membantu siasatan.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dengan menaiki kereta jenis Perodua Axia telah datang ke lokasi kejadian dan menyamun jongkong emas seberat 16.9 kilogram (kg) bernilai RM5.9 juta.

“Ketika itu dua individu berada di tempat kejadian dengan seorang daripadanya memukul dan mengacu parang kepada mangsa, manakala seorang lagi mengambil beg berisi jongkong emas yang diletakkan di tempat duduk belakang kenderaan syarikat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hussien berkata polis kemudian menggerakkan usaha memburu suspek dan berjaya memberkas lima lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 27 hingga 60 tahun antara 8 hingga 14 Okt lepas.

Beliau berkata polis turut merampas kereta jenis Volkswagen Passat dan Perodua Axia, sejumlah peralatan samun, barang kemas serta wang tunai disyaki hasil samun.

“Siasatan mendapati suspek telah menjual sebahagian daripada jongkong emas itu dan menggunakan wang hasil jualan bagi membeli beberapa kenderaan mewah terpakai bernilai ratusan ribu ringgit secara tunai.

“Dua suspek telah dituduh hari ini di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, empat akan dituduh pada esok (Jumaat), manakala seorang lagi akan diikat bon mahkamah sebagai saksi pendakwaan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PEOPLElogy shareholders back board and strategy at second AGM

Fresh off a strategic partnership with Pulsifi, PEOPLElogy is sharpening its push toward an intelligence-led workforce model through GOAL by PEOPLElogy — delivering AI-powered talent intelligence, workforce analytics, and data-driven talent development to organisations rethinking how they plan and grow their people.

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings