• 2025-07-03 09:28 AM

KUALA LUMPUR: Dua lelaki berusia 19 dan 27 tahun ditahan polis selepas didakwa mengacukan pistol tiruan ke arah seorang mangsa berikutan pertelingkahan selepas kemalangan di Taman Desa. Kejadian dilaporkan pada lewat malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, mangsa berusia 28 tahun memandu kereta Honda City ketika dilanggar sebuah Toyota Yaris merah. Pertengkaran tercetus, dan pemandu Toyota Yaris dikatakan mengeluarkan pistol berwarna hitam sebelum mengacukannya.

Pemeriksaan mendapati senjata itu adalah pistol tiruan yang dibeli melalui aplikasi TikTok. Kedua-dua suspek kini direman empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960