• 2025-09-23 03:31 PM

MEXICO CITY: Pihak berkuasa di Negeri Mexico mengesahkan penemuan mayat dua pemuzik Colombia di sebuah kawasan lapang di Tlalnepantla pada Isnin.

Sanchez Salazar dan DJ Herrera dilaporkan hilang sejak 16 September selepas pergi ke sebuah gimnasium di kawasan Polanco.

Pengesahan identiti dilakukan oleh ahli keluarga selepas mayat ditemui pada 17 September.

Penyiasat melaporkan bahawa mayat menunjukkan kesan kekerasan yang jelas.

Siasatan rasmi telah dibuka oleh pihak berkuasa untuk menyiasat kematian mereka.

Kehilangan kedua-dua pemuzik itu menarik perhatian antarabangsa termasuk dari Presiden Colombia Gustavo Petro.

Petro menggunakan media sosial untuk meminta bantuan kerajaan Mexico dalam mencari warganya yang hilang.

Beliau kemudian meratapi kematian Sanchez dan Herrera dalam satu kenyataan.

Presiden Colombia itu menyalahkan kegagalan dasar keselamatan di rantau itu sebagai punca tragedi tersebut. – Bernama-Anadolu