• 2025-09-08 12:52 PM

IPOH: Polis menahan enam individu bagi membantu siasatan kes tembak terhadap seorang anggota polis dan penemuan mayat seorang wanita di Simpang Pulai pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin mengesahkan mereka ditahan untuk direkodkan keterangan.

Lima lelaki dan seorang wanita ditahan bagi diambil keterangan mereka.

Anggota polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Beliau mengalami kecederaan tembakan di bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek.

Kejadian berlaku pada jam 1.15 pagi berhampiran sebuah kilang di Simpang Pulai.

Pemeriksaan lanjut terhadap kereta suspek menemukan mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk belakang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.

Siasatan turut dijalankan bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan bagi cubaan bunuh.

Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 Seksyen 3 turut dikenakan dalam kes ini. – Bernama