the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
28.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu

SEREMBAN: Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di tepi Jalan Sungai Ujong berhadapan Stesen Bas Terminal One di sini, pada Ahad lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata kesemua suspek termasuk dua lelaki tempatan itu ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK negeri ketika sedang menjalankan Operasi Tapis pada 9 malam.

Beliau berkata nilai sitaan rampasan termasuk dadah tersebut bernilai RM416,006.

“Polis menjumpai lima bungkusan disyaki syabu dalam kereta suspek dan saringan air kencing seorang daripada suspek warga asing positif methaphetamine. Dadah tersebut dipercayai diedar bagi pasaran tempatan,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata hasil rampasan berkenaan dapat menyelamatkan pengedaran dadah kepada 10,406 individu.

Menurutnya, hasil semakan rekod jenayah mendapati suspek warga tempatan memiliki satu kes jenayah serta tiga kes narkotik, manakala kesemua suspen direman selama tujuh hari bermula Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1)(a) akta sama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings