KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek hari ini mengumumkan barisan kepimpinan wanita pusat parti itu bagi penggal 2025-2028.
Menerusi satu kenyataan, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang dilantik serta menyatakan keyakinan bahawa kepimpinan baharu ini mampu menggalas amanah dengan penuh integriti, bersifat progresif dan inklusif dalam menjulang agenda perjuangan Wanita PKR demi rakyat dan negara.
Berikut senarai lantikan kepimpinan penggal 2025-2028:
Setiausaha: Sangetha Jayakumar
Naib Ketua Wanita Lantikan: Wasanthee Sinnasamy
Bendahari: Gan Ay Ling
Ketua Srikandi: Nurhidayah Che Rose
Ahli Jawatankuasa Lantikan: Uma Nanthini
Biro Strategi: Pua Pei Ling
Biro Komunikasi: Nurhayati Umor
Biro Pendidikan: Armila Alias
Biro Kebajikan: Rosmawaty Muhamad Ros
Biro Kemanusiaan: Nor Azmiza Mamat
Biro Usahawan: Datin Sabrina Ahmad
Biro Latihan: Lim Kim Eng
Biro Guaman: M.Telagapathi
Setiausaha Pengelola: Saira Banu
Biro Antarabangsa: Datuk Ginie Lim
Sekolah Wanita: Yong Bazilah Abu Bakar
Biro Pemantapan Agama: Farahida Fauzi
Biro Mobilisasi: Maisarah Ismail
Biro Kemasyarakatan: Idawate Pariman