• 2025-10-15 09:49 AM

KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah bermula hari ini.

Fahmi yang tiba di Kota Kinabalu malam semalam menghadiri program Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan Sindumin, Sipitang pagi ini.

Beliau kemudian menyertai Hari Bersama Komuniti, Pelancaran NADI on Wheels dan Pelantikan Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sabah di NADI Pekan Sindumin.

Pada hari kedua lawatan kerja, Fahmi akan menghadiri Kempen Internet Selamat di Dewan Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, Inanam.

Beliau juga akan mengadakan Sesi Libat Urus NADI dan Pelantikan Panel Penasihat NADI Sabah di NADI Bandar Putra.

Fahmi turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada wartawan Asia Times Pulse Salamat Tambanan di pejabat Bernama Sabah.

Lawatan kerja beliau berakhir dengan meninjau Sistem BUDI MADANI RON95 di Stesen Petronas Lintas Kepayan, Penampang petang esok. – Bernama