JOHOR BAHRU: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Fahmi Fadzil mendahului saingan bagi jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti itu bagi sesi 2025-2028, yang berlangsung hari ini.

Sumber parti itu memaklumkan Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berada di kedudukan teratas diikuti Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Adli Abdul Halim, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Chan Ming Kai, Ahli Dewan Undangan Negeri Sentosa Dr Gunaraj Geroge dan Setiausaha PKR Perak Mohd Azlan Helmi.

Pemilihan peringkat pusat PKR termasuk 20 jawatan dalam MPP bermula dari 8 pagi hingga 5 petang.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata keputusan bagi MPP PKR akan diketahui paling awal pada 9 malam ini.