KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil hari ini meluangkan masa hampir sejam meninjau kawasan kemudahan Indah Water Konsortium (IWK) Unit Kuala Lumpur di Pantai Dalam di sini, yang menjadi titik terakhir (end point) lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang menjadi mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India Jumaat lepas.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis dan juga IWK telah memberikan taklmat kepadanya berhubung operasi tersebut.

“Pencarian diteruskan, itu saja yang boleh saya katakan,” katanya ketika ditemui pemberita di fasiliti berkenaan.

Hari ini merupakan hari kelima misi mencari pelancong dari Kuppam, Andhra Pardesh yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang hilang selepas terjatuh kedalam lubang sedalam lapan meter yang terhasil akibat kejadian tanah jerlus.