the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

FAMA sasar RM2 juta nilai Jualan Karnival Agro Madani 2024

JOHOR BAHRU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan RM2 juta nilai jualan bagi penganjuran Karnival Agro Madani 2024 yang menjelajah enam negeri bermula 30 Mei hingga 27 Julai ini.

Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli berkata setakat ini, karnival itu telah diadakan di Pasar Tani Kekal (PTK) Sebarang Jaya, Pulau Pinang; PTK Chini, Pahang; PTK Chukai, Terengganu dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan dengan tempoh penganjuran selama tiga hari bagi setiap lokasi.

Beliau berkata karnival berkenaan di PTK Datin Halimah di sini pula bermula hari ini, manakala lokasi terakhir iaitu di PTK Changlun Kedah pada 25 Julai depan.

“Sambutan setakat ini kalau kita nilai, pertama sekali kita tengok (kebanyakan) pengunjung berbaris untuk membeli Jualan Kombo Madani dan berdasarkan itu ia telah menggambarkan sambutan luar biasa.

“Kita lihat pengusaha turut bekerjasama dan sanggup menurunkan harga barang, meski kita tidak mengeluarkan subsidi. Oleh sebab itu kita boleh meneruskan program seumpama ini dengan tarikan-tarikan yang membantu meningkatkan kehadiran pengunjung,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Agro Madani @ PTK Datin Halimah hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA Faisal Iswardi Ismail dan Pengarah FAMA Negeri Johor Faidz Afizi Mohamed.

Aminuddin berkata karnival itu dijangka mampu menarik lebih 200,000 pengunjung dengan penyertaan seramai 689 usahawan.

Menurutnya, pelbagai barang jualan ditawarkan menerusi karnival itu antaranya produk segar dan keperluan harian dengan tawaran potongan harga antara 10 hingga 30 peratus.

Aminuddin dalam pada itu berkata penganjuran tersebut dilihat dapat meningkatkan kebolehcapaian dan ketersediaan bekalan produk segar dan produk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan produk pada harga mampu milik di outlet pemasaran FAMA seperti di PTK.

Terdahulu, Karnival Agro Madani@PTK Datin Halimah yang akan berakhir pada Ahad, menawarkan pelbagai jualan menarik antaranya Jualan Happy Hour Kombo Madani, jualan istimewa ayam dan hasil laut seperti RM6.99 bagi sekilogram (kg) ayam, ikan siakap RM2 seekor dan jualan beras putih tempatan.

Pelbagai tarikan seperti makanan popular, industri asas tani usahawan tempatan, sayur-sayuran segar dan buah-buahan bermusim terutama durian turut diadakan.

Pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti Pertandingan Best of The Best Mee Bandung Johor, sukan rakyat dan demonstrasi kulinari produk ternakan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings